Dekorasi Bajet

Ya! Kediaman Anda Akan Berubah Menjadi Cantik
Dan Menarik Tanpa Perlu Berbelanja Lebih. Ingin Tahu Caranya?

Daripada designer: Alam Anuar
Tempat: Bilik SOHO

Assalamualaikum dan salam sejahtera pemilik kediaman yang saya hormati,

Sebelum saya beritahu apa itu 77 teknik ini, izinkan saya menceritakan dua situasi yang pernah terjadi pada saya dan mungkin juga anda berkenaan membeli-belah barang-barang dekorasi ini.

Cuba kita lihat situasi ini.

Situasi A
Jimmy mempunyai RM300 untuk bajet dekorasi bagi mencantikkan ruang tamunya .Beliau membeli barangan dekorasi di sebuah kedai hiasan dalaman di ibu kota yang dekat dengan kediamannya. Apa yang terjadi, beliau hanya dapat membeli empat jenis barang sahaja di kedai tersebut.

Situasi B
Liza baru sahaja mula menjalankan bisnes dari rumah.Untuk itu, beliau setup bilik kerjanya untuk nampak selesa dan menarik. Beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan tersebut. Beliau mencadang untuk membeli di sebuah gedung hiasan dalaman di pinggir ibu kota. Apa yang berlaku, beliau dapat membeli lapan jenis barang untuk bilik kerjanya.

Kedua-dua situasi di atas mempunyai bajet yang sama. Tetapi, situasi B iaitu Liza dapat membeli barangan lebih daripada Jimmy. Kenapa ini boleh berlaku?

Kerana salah satu daripada teknik Dekorasi Bajet yang terdapat dalam ebook ini telah dipraktikkan oleh Liza, iaitu lokasi shopping. Dengan mengetahui lokasi membeli barangan dekorasi yang tepat, beliau dapat membeli lebih barangan dekorasi dan bakinya, beliau dapat membeli makanan untuk menghilangkan penatnya.

Itu Kalau Kesilapan Lokasi,
Tapi Pernahkah Anda Mengalami Cabaran Lain Seperti..

Rumah saya mempunyai ruang yang sempit. Beli perabot sedikit, takut kurang. Kalau beli lebih, takut sempit pula. Pening kepala dibuatnya. *Alam ada ubatnya 🙂

Barang hiasan lama, saya simpan begitu sahaja, kerana tiada tempat untuk meletakkannya. Hendak buang, sayang pulak. Akhirnya, terperap dalam stok mengumpul habuk. *Alam ada sistem untuk ini!

Perabot dan aksesori dekorasi saya sudah dibuang, kerana sudah buruk, rosak dan tiada nilai untuk dijual semula. *Anda terlepas duit di sini!

Hendak buat majlis dalam masa 3 hari, tapi perabot rumahku buruk dan calar-balar, mana sempat nak tukar dan membaikinya. *Alam ada magik untuk ini!

Tiada bajet besarlah untuk menghiasi rumah aku. *Jika tanpa guna wang sekalipun anda boleh menghias.

Ala, duduk rumah sewa, mana boleh hendak hias cantik-cantik nanti tuan rumah bising. Tapi, kalau hiasan itu bukan kekal, macam mana? *Alam ada teknik untuk rumah sewa 🙂

Siapa Saya Untuk Memberikan Anda
Idea Penjimatan Dalam Menghias Kediaman Anda?

Hazlam Anuar

Hi, saya Hazlam dan lebih dikenali sebagai Alam. Saya merupakan seorang designer, perunding, penulis dan pemilik syarikat Hazlam Anuar Design di Kuala Lumpur. Berada dalam industri design sejak tahun 2005. Selain itu, saya seorang penulis ebook Panduan Dekorasi dan buku Mudahnya Google SketchUp
Hazlam Anuar

Disebabkan keperluan asas dan keperluan lain semakin naik tahun demi tahun, ini tidak menjadi penghalang untuk kita mencantikkan kediaman kita, betul tak? Rumah yang memberikan kita perlindungan dan keselesaan setiap hari dan sepanjang masa perlulah juga nampak cantik dan berseri.

Di sinilah, Alam datang membantu anda, bagaimana untuk menghias kediaman tanpa memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, dengan sumber inspirasi dan kreativiti untuk mengatasi masalah ini, saya:

Memperkenalkan Ebook Dekorasi Bajet!


Mengapa Anda Perlukan Ebook Ini?

Anda perlukan inspirasi. Saya sudah kumpulkan 77 inspirasi dekorasi cara jimat . Anda cuma pilih sahaja. Hendak praktikkan kesemuanya pun boleh. Tiada masalah, ebook anda, cara anda.

Anda pernah dengar pepatah, ”your junk is my treasure.” Apa yang nampak buruk di mata orang lain, bernilai bagi kita. Guna cara ___________ dan dapat duit. Masukkan ke dalam ‘Tabung Bajet’ anda.

3 in 1, 3 +1 apa tu, matematik? Bukan, ini untuk teknik bagi kediaman yang mempunyai ruang yang kecil dan sederhana luas.

Anda perlukan magik yang mengaburi mata tetamu,iaitu ‘Tutup’ dan ‘Bungkus’? Seram je bunyinya. Apa bendanya itu? Teknik yang sesuai jika anda suka menjemput rakan-rakan ke rumah dan mengadakan majlis.

Anda perlu ubah sahaja __________, boleh jadi suasana baru. Ubah apa?

Anda perlukan satu sistem yang sejak dari zaman dulu pernah digunakan. Tetapi, sudah semakin pupus sekarang ini. Iaitu sistem ____________.

Anda hendak tahu tempat mana yang dapat membeli perabot dan barang hiasan dalaman dengan harga murah dan berpatutan. Saya tunjukkan sembilan tempat.

Dekorasi gunakan apa yang ada ditangan. Dekorasi tanpa kos! Oklah, kosnya ialah sedikit sentuhan kreativiti dan keluar peluh sahaja. Ingin tahu?
Berjaya Mengubah Minda & Pandangan Saya!

Pertama kali membacanya, macam tak percaya.. dengan budget yang minima, ia mampu memberikan impak yang maksima pada dekorasi rumah kita. Siapa tak nak rumah cantik. ..

Selama nie, saya selalu berfikir… kalau nak rumah cantik, perabot dan barang-barangnya mestilah mahal-mahal, barulah ada klasss… tapi setelah membaca ebook ni, ia berjaya merubah minda dan pandangan saya… benda-benda murah, kalau kena cara dekorasinya.. ianya mampu memberikan kesan dan persepsi yang berbeza.

Nak tahu caranya, miliki ebook ini…. Congratulations ALAM, keep it up

Maimunah

Maimunah Baharum
Pakar IT
Jenis kediaman: Rumah teres

Padat, Serta Penerangan Secara Mudah Beserta Visual

E-book ini sangat padat dengan tips-tips dekorasi yang sangat sesuai diaplikasikan untuk kediaman baru mahupun lama.Susunan kandungan yang sistematik,langkah demi langkah,ruang demi ruang serta penerangan secara mudah beserta visual untuk setiap topik dapat membantu imaginasi pembaca.

Teknik ‘mix-match’, susun atur semula perabut/barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai dan lain-lain yang dicadangkan oleh penulis sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad. Bagi mereka yang lansung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, ebook ini juga ternyata dapat membantu anda bermula dari langkah pertama!

Natrah

Natrah Ahmad Hashim
Perekabentuk Dalaman
Jenis kediaman : Pangsapuri

Baru Saya Tahu Dinding Mana Yang Sesuai Untuk ‘Feature Wall’

Ebook Dekorasi Bajet ini ringkas dan mudah untuk difahami, terutama bagi mereka yang tiada asas dalam bidang dekorasi tetapi ingin menghias rumah seperti saya. Banyak ilmu yang saya dapat dari buku ini, contohnya tentang dinding ‘feature wall’.

Sebelum ini saya pernah dengar tentang ‘feature wall’ tetapi tidak tahu bagaimana hendak menentukan dinding yang sesuai. Setelah membaca buku ini, baru saya tahu dinding mana yang sesuai untuk ‘feature wall’. Tahniah, Alam Anuar atas penghasilan ebook ini.”

Norehan

Puan Norehan
http://www.norehan.com
http://www.panduanmuet.com
Jenis kediaman : Apartment

Ok Alam!, Berapakah Harga Ebook Ini?

Harga yang berpatutan untuk ebook ini ialah RM40. Tetapi, kerana ingin membantu anda mengurangkan kos belanja apabila menghias kediaman nanti. Pelaburan anda hanyalah RM27 sahaja untuk anda mulakan langkah menghiasi rumah kediaman sekarang juga!.

Ya! Bukan RM40.. bukan RM30…. tetapi…

Hanya RM27 Sahaja!

Nanti! Ada Bonus Eksklusif Untuk Anda!

 

Jika anda membuat pembelian ebook ini sekarang! Saya akan berikan dua buah ebook bonus yang menarik kepada anda secara PERCUMA!
Ebook Bonus #1 :


15 Idea Susun Atur Ruang Tamu Dengan Perabot Sedia Ada!

Ebook Bonus #2 :


Template Tema Dekorasi
Template Senarai Belian
Template Perbelanjaan Bajet
Template Melukis Plan Template Grid

Dapatkannya Sekarang!

Sudah bersedia untuk memberikan kecantikan pada kediaman anda dengan cara yang paling jimat! Miliki ebook Dekorasi Bajet ini dengan klik butang “Tempah Sekarang” dibawah! . Harganya, hanya RM27 sahaja!

Dapatkan Sekarang! Klik Disini!

Dapatkan Sekarang! Klik Disini!

Rakan Designer Anda,
Alam Anuar
admin@dekorasibajet.com

Penulis ebook
1) DekorasiBajet.com
2) PanduanDekorasi.com

P/S: Dalam ebook Dekorasi Bajet ini, saya sedaya upaya memberikan 77 tip, teknik dan langkah-langkah yang terbukti berkesan bagi membantu anda untuk memperolehi dekorasi kediaman yang menarik tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak. Miliki ebook ini sekarang!

P/S/S :Ebook ini adalah tentang bagaimana kita boleh berjimat dalam menghias. Supaya, setelah memiliki ebook ini, anda boleh berjimat beratus atau beribu ringgit dengan panduan yang terdapat dalam ebook ini.

P/S/S/S: 100% anda akan puas hati, di jamin! Kerana teknik ini ‘real’ dan pernah direnovasikan di banyak tempat kediaman.

Advertisements

Lawyer Hartanah: 40 lagi soalan yang anda patut tanya kepada peguam anda sebelum membeli rumah di Malaysia

Ebook-1-835x1024

beli-ubat-kuat-sekarang

40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

Di antara soalan-soalan yang saya jawab di dalam buku ini termasuk:

Apakah hartanah bertanah?
Apakah hartanah yang dipecah bahagi?
Apakah hartanah strata?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bebas daripada sebarang bebanan’ di dalam hak milik individu?
Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang masih di dalam binaan?
Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang telah siap atau dijual beli di pasaran kedua?
Apakah hartanah pegangan pajakan?
Apakah kebenaran pindah milik tanah?
Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan kebenaran pindah milik anda ditolak?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘harta bersama’ di dalam pemajuan perumahan strata?
Apakah yang dimaksudkan dengan caj penyenggaraan di dalam pemajuan perumahan strata?
Siapakah yang dianggap sebagai ejen pengurusan di dalam kawasan perumahan strata?
Apakah maksud ganti rugi yang telah ditentukan dan ditetapkan?
Apakah tempoh liabiliti kecacatan?
Siapakah yang berhak mengutip bil bekalan air di dalam kawasan perumahan strata?
Apakah undang-undang kecil di dalam pemajuan strata?
Apakah yang dimaksudkan dengan Waad Ikatan Bersalingan?
Apakah kawasan perumahan berpengawal/kawasan perumahan berpagar dan berpengawal?
Apakah cukai keuntungan hartanah dan adakah terdapat sebarang pengecualian daripada membayar cukai keuntungan hartanah?
Bagaimanakah proses pembelian rumah dapat ditunjuk dengan ringkas?
Pendek kata, kandungannya menjawab banyak soalan-soalan yang berlegar dalam kepala anda tentang pelaburan hartanah.

Jadi buku ini akan menolong anda menjadi pelabur hartanah yang lebih bijak. Ini bermakna yang peluang anda menjana wang dan membuat keuntungan daripada pelaburan hartanah akan meningkat.

Anda juga dapat mengelak daripada terkena tipu atau terjebak di dalam masalah yang rumit dan memeningkan kepala.

Berikutnya, anda akan menjadi di antara segelintir pelabur yang betul-betul tahu dan faham akan pelaburan hartanah dan undang-undang dan peraturan yang melibatkan hartanah. Anda tidak seperti ramai pelabur lain yang main hentam keromo sahaja.

Mungkin poin yang paling pentingnya ialah anda akan melabur – beli hartanah dan jual hartanah – dengan mata yang terbuka.

Dan oh ya, kandungannya tidak boleh diperolehi daripada mana-mana tempat lain! Ya, tidak ada siapa yang akan berkongsi maklumat ini dengan anda, terutamanya dengan harga yang begitu murah!

JK-Niaga-Beli-Sekarang

Panduan Dekorasi – Alam Anuar

beli-sekarang

PERHATIAN! Kepada pemilik-pemilik kediaman yang mempunyai ruang kecil seperti flat, pangsapuri dan apartmen, JANGAN beli apa-apa perhiasan di rumah anda sebelum anda membaca tips dari website ini!

“Ketahui Teknik Menghias Kediaman Untuk Kelihatan Lebih Menarik & Memukau Sesiapa Sahaja Yang Mengunjungi Rumah Anda! TANPA Perlu Berbelanja Besar Mengupah Juruhias Dalaman!”

Ketahuilah Panduan Asas Serta Tip Mudah Hiasan Dalaman!
Jadikan Diri Anda Seorang Pakar Dekorasi Hari Ini!.

“Rumahku, Syurgaku” & “Home! Sweet home!”. Dua sebutan yang popular dan tepat untuk dinyatakan bertapa indahnya dan selesanya rumah kita. Adakah ayat ini sesuai digambarkan untuk kediaman anda? Sebelum itu, pernahkah anda menghadapi situasi dibawah ini!

Adakah anda selalu terfikir:

Tidak tahu hiasan yang sesuai untuk kediaman kecil anda?

Tercari-cari idea mudah menghiasi kediaman anda?

“Aku berpendapatan sederhana, rumah pula kecil…tak kan pulak nak panggil pereka, hias rumah aku?”

Tidak puas hati terhadap hiasan kediaman anda sekarang?

Berasa malu untuk menjemput tetamu datang?

Apakah warna, tema atau konsep yang menarik?

Tiada masa untuk menghias!

Memberikan alasan “ruang kecil dan sempit, susahlah nak hias!”

Adakah anda ingin:

Ketahui bagaimana memilih warna, perabot dan aksesori.

Teknik dan tip mudah untuk menghias.

Mendapat pujian keluarga dan rakan taulan yang melawat rumah anda!

Lebih baik daripada dekorasi rumah jiran anda!

Keselesaan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga!

Kepuasan diri dalam mencantikkan kediaman hasil titik peluh sendiri!

Mengadakan parti atau majlis di rumah anda!

Merasa tenang dan selesa di sekeliling anda, pada hari yang tertekan!

Pastinya anda ada pelbagai persoalan dan keinginan untuk mengubah hiasan dalaman rumah anda, semestinya ada tujuan dan sebab.Pastinya anda inginkan rumah yang cantik, menarik dan selesa. Saya hadir untuk membantu anda mencapai keinginan anda dengan pelbagai tip mudah dan praktika!

SIAPA SAYA?

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Alam Anuar, seorang pereka hiasan dalaman yang berpengalaman selama 5 tahun dalam industri ini. Saya telah membuat rekaan untuk projek-projek besar dan kecil daripada pejabat 5 tingkat, banglo, kondominium hinggalah kepada kiosk-kiosk perniagaan.

Sepanjang 5 tahun saya berkecimpung di dalam bidang seni hias dalaman ini, saya mendapat banyak persoalan dan permasalahan dari pelanggan serta orang ramai tentang pejabat mahupun kediaman mereka, iaitu , persoalan tentang “bagaimana menghias ruang kediaman mereka yang kecil?”. Untuk memudahkan dan menjawap semua persoalan ini, maka saya telah kompilasikan jawapan kepada semua persoalan tersebut menjadi sebuah ebook , yang bertajuk “Panduan Dekorasi – Ilham & Panduan Menghias Kediaman Kecil” ini.

APA YANG TERDAPAT DALAM EBOOK INI?

Di dalam ebook “Panduan Dekorasi” ini, terdapat pelbagai panduan asas dan tip mengenai dekorasi hiasan dalaman berserta gambar sebagai rujukan. Berikut adalah beberapa isi kandungan menarik yang terdapat di dalam ebook ini:

5 Tindakan Perlu, Sebelum Menghias Kediaman Anda. Selalunya pemilik rumah lupa akan perkara ini.

5 Perkara Asas Dalam Menghiasi Kediaman. Topik yang sangat penting!

5 Jenis Gaya Atau Tema Baru Untuk Pilihan Anda. Pernah dengar tema “Klasik Glamor”!

Ketahui 4 Elemen Dalam Dekorasi. Bahagian yang sentiasa ada dalam dekorasi.

Panduan Memilih Perabot & Aksesori. Jangan tersalah pilih, nanti rugi!

Dan pelbagai tip dekorasi yang menarik bagi setiap ruang seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur dan sebagainya

UNTUK SIAPAKAH EBOOK INI?

Walaupun ebook ini dikhaskan untuk pemilik rumah kediaman kecil dan sempit, ebook ini sesuai untuk sesiapa sahaja seperti:

Ada Rumah! Tentulah, sama ada milik anda sendiri atau keluarga.

Pemilik kediaman / Penyewa. Sekarang anda ada rumah baru untuk memulakan dekorasi!

Berpindah ke kediaman baru. Bagaimana anda akan hiasi semula kediaman dengan mengunakan perabot asal?

Tidak punyai pengalaman atau idea untuk menghiasi kediaman anda.

Berminat untuk menghias. Hobi atau minat yang baru dalam seni hiasan dalaman ini.

BERAPA HARGA EBOOK PANDUAN INI?

Jika anda bertemu pakar perunding hiasan dalaman rumah, kosnya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ya! Rumah anda mungkin kelihatan cantik, tetapi, kadangkala, ianya tidak praktikal. Berbeza jika anda yang menghiasnya sendiri, lebih jimat, lebih puas hati dan lebih praktikal (sebab anda yang duduk di rumah anda dan bukannya pakar penghias tersebut, jadi mereka tidak tahu apa perkara yang anda selesa & selalu lakukan di rumah).

Dengan memiliki ebook ini, anda sudah boleh menjimatkan beribu-ribu wang anda. Anda tidak perlu lagi mengupah juruhias dalaman, tidak lagi perlu membazir membeli perabot yang silap ataupun warna cat yang kurang sesuai bagi kediaman anda.

Oleh itu, info-info yang terdapat di dalam ebook ini adalah sangat berharga, mungkin RM1,000 atau mungkin juga RM3,000 (kos yang sama seperti harga sofa yang anda tersilap beli). Tetapi saya tidaklah sekejam itu, harga yang saya tetapkan untuk anda mempelajari selok-belok tentang hiasan dalaman ini hanyalah RM27 sahaja. Ianya adalah harga yang sangat berbaloi untuk anda memulakan langkah transformasi rumah anda kepada sebuah kediaman yang indah dan menarik sepertimana yang anda idam-idamkan.

Ya! Hanya RM97 RM27 sahaja….

PELBAGAI BONUS HEBAT!

Untuk menambahkan nilai yang akan anda perolehi apabila membeli ebook Panduan Dekorasi ini ! Saya berikan bukan sahaja 2 tetapi 3 ebook tambahan tulisan saya PERCUMA kepada anda, iaitu :-
Bonus 1 – 101 Idea Warna Dalam Hiasan Rumah

Ebook ini menyediakan 101 idea mewarnai kediaman rumah anda. Warna-warna asas seperti kuning langsat, putih gading, merah cili sehingga daripada gabungan warna, kertas dinding, kemasan dan warna yang boleh menghasilkan tema sesuatu ruang tersebut.

Bonus 2 – 10 Panduan Dekorasi Bajet

Ebook ini memberikan anda 10 panduan menghiasi rumah dalam lingkungan bajet anda. Tip-tip yang membantu anda tanpa mengeluarkan modal lebih. Disertakan juga 2 lampiran senarai semak dan senarai beli untuk panduan anda.

Bonus 3 – Inspirasi Dekorasi

Ebook ini menunjukkan gambar-gambar dekorasi yang menarik. Terbahagi kepada beberapa bahagian, daripada gambar ruang masuk sehinggalah gambar ruang luar atau balkoni kediaman. Sebagai idea dan inspirasi untuk anda menghiasi kediaman dengan lebih baik lagi.


JAMINAN KEPUASAN!

Saya berikan jaminan kepuasan 100% kepada anda! Kenapa? Semua panduan dan tip yang telah dinyatakan di dalam ebook ini adalah ‘REAL’ dan telah dipraktikkan, namun ia tidak akan membuahkan hasil jika anda tidak memulakannya atau mencubanya terlebih dahulu. Cat satu dinding sahaja sebagai feature wall, sudah menampakkan perubahan! Pastinya anda tidak keseorangan kerana saya akan cuba membantu anda sedaya mampu!


Decoration is Fun!,


Alam Anuar
Interior Designer & Penulis ebook Panduan Dekorasi
http://www.PanduanDekorasi.com

P/s: Saya telah mempermudahkan anda untuk mula melakukan dekorasi kediaman anda, tanpa perlu pergi ke seminar beratus-ratus ringgit atau membayar seorang pereka beribu ringgit hanya dengan berkata-kata sahaja.
P/p/s : Bayangkan kepuasan anda! Apabila keluarga dan rakan-rakan berkunjung ke rumah anda dengan memuji kecantikan dekorasi kediaman anda, pastinya mereka berfikir anda membayar seorang pereka hiasan dalaman yang profesional! Oleh itu miliki ebook ini sekarang!

P/p/p/s: Anda sebagai pembeli, akan mendapat khidmat konsultasi percuma bagi satu ruang/bilik daripada saya. Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan Sekarang!

JK-Niaga-Beli-Sekarang

Rahsia Rumah Lelong – Ahmad Tarmizi Jusoh

Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Teknik Menjana Keuntungan Menerusinya?

Ikuti Pengalaman 14 Tahun, “Bagaimana Saya Melakukannya?” disini!

Wahai Bakal-bakal Pelabur Hartanah Yang Dihormati,

Tahukah Anda? Salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan hartanah, adalah dengan..
Langkah 1 : Membeli hartanah dibawah harga pasaran,
Langkah 2 : Ubahsuai dan perbaikinya..
Langkah 3 : Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi!”

Dalam masa beberapa bulan, anda mampu untuk menjana keuntungan beribu-ribu ringgit, malah tidak mustahil juga, berpuluh-puluh ribu ringgit! Teknik ini nampak mudah bukan? Semudah 1, 2,3……

MAAF! Saya terpaksa berterus-terang dengan anda disini!….

Walaupun hasilnya sangat lumayan…. TETAPI, Ianya bukan semudah yang disangka! Ianya melibatkan risiko yang besar! Silap langkah!..Anda mungkin terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, malah mungkin juga mencecah sehinga berpuluh-puluh ribu ringgit!

Berita baiknya, saya akan berikan anda sebuah ebook PERCUMA tentang “10 Kesilapan Dahsyat” yang sering dilakukan oleh pembeli-pembeli rumah lelong, terutamanya mereka yang “baru” menceburi bidang ini! Dengan ebook ini, insyallah ianya dapat membantu anda mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan tersebut dan seterusnya menyelamatkan anda dari kehilangan berpuluh-puluh ribu ringgit.

Untung Besar, Risiko Pun Besar…

Ini adalah hakikat di dalam dunia pelaburan! Tiada siapa yang boleh menafikannya!…Pelaburan yang memberikan keuntungan kecil, risikonya adalah kecil, manakala pelaburan yang memberikan keuntungan yang besar, maka risikonya pun adalah besar!

Namun begitu, RISIKO ini sebenarnya boleh dikurangkan!

Bercakap tentang RISIKO, saya gemar merujuk kepada kata-kata dari Pelabur Terkaya di dunia! iaitu Warren Buffett. Kata beliau…

“Risk comes from not knowing what you’re doing.”

Bermaksud… “Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan!”. Disebabkan itulah, jika anda ingin melakukan sesuatu seperti menceburi bidang pelaburan hartanah yang lumayan ini! Anda perlulah terlebih dahulu belajar, menuntut ilmu dan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum melakukannya. Dengan mengetahui apa yang anda lakukan.. kadar RISIKO dapat dikurangkan!

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko tersebut.. adalah belajar daripada orang-orang yang pernah melakukannya. Ehem! ehem!… seperti saya.. 🙂

Belajar Dari Pengalaman Saya!

Terus-terang saya katakan, jika anda ingin belajar dari saya secara “face to face”… saya sememangnya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Sebagai seorang peguam hartanah, banyak perlu saya uruskan. Banyak kes-kes berkaitan hartanah lelong yang telah saya kendalikan, dari masalah pembeli gagal menjelaskan bayaran baki hartanah lelong yang dibeli, hinggalah kepada kes “bekas tuan rumah” yang tidak mahu keluar dari rumahnya yang telah dilelong.

Dari pengalaman-pengalaman ini jugalah, saya mula belajar tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong… Berapakah keuntungan yang boleh diperolehi? Apa masalah yang mungkin dihadapi? Bagaimana untuk menyelesaikannya? Apa prosedur untuk melakukannya?… dan banyak lagi.. perkara ini telah membuka mata saya dan akhirnya, menyebabkan diri saya turut menceburkan diri ke dalamnya.

Cara Mudah Mempelajari Pengalaman Orang Lain..

Untuk memudahkan anda mempelajari tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong, dan sekaligus menurunkan RISIKO kerugian. Saya telah mencuri-curi masa saya untuk menulis sebuah ebook mengenainya!. Di dalam ebook ini, saya berkongsikan pengalaman saya dan juga pengalaman pelanggan-pelanggan saya di dalam bidang hartanah selama 14 tahun ini.

Ebook Rahsia Rumah Lelong

Ebook Rahsia Rumah Lelong

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-

BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh irbu ringgit.

BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.

BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

Dapatkan Segera!

Anda boleh mendapatkan ebook ini dengan harga RM37 sahaja. Ianya terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan nilai ilmu serta pengalaman yang dimuatkan di dalam ebook ini.

Ebook Panduan Pelaburan Hartanah Lelong

Ebook Panduan Pelaburan Hartanah Lelong

Yang Benar

Ahmad Tarmizi Jusoh
Peguam, Pelabur & Penulis
http://www.RahsiaRumahLelong.com

P/s:- Dengan pelaburan yang kecil untuk memiliki ebook ini, ianya dapat menjimatkan ribuan ringgit wang anda dari melakukan kesilapan yang bermilai puluhan ribu ringgit.

P/p/s:- Ebook ini mengandungi bukan sahaja pengalaman penulis, tetapi turut mengandungi pengalaman pelanggan-pelanggannya selama 10 tahun beliau berkhidmat sebagai peguam hartanah.

P/p/p/s:- Ebook ini amat sesuai di baca oleh bakal pelabur Hartanah, Ejen Hartanah, Peguam Hartanah, Pelelong, Pelajar dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusniaga hartanah.

P/p/p/p/s:- Ebook ini turut dilengkapi dengan panduan langkah demi langkah mengenai apa yang perlu dilakukan, bermula dari pencarian rumah lelong hinggalah kepada menyewa / menjual semula rumah tersebut.