Ensiklopedia Kehidupan Sahabat Wanita Nabi Muhammad s.a.w (Hard Cover + Premium Box)

BUKU+Ensiklopedia+Kehidupan+Sahabat+Wanita+Nabi+Muhammad+s.a.w+JAHABERSA-500x500

Ensiklopedia Kehidupan Sahabat Wanita Nabi Muhammad s.a.w (Hard Cover + Premium Box)

Bahan biografi para sahabat wanita ini diambil dari buku-buku turath yang menjadi rujukan utama dalam penulisan sejarah atau biografi. 1)Penulis telah mengambil data dari rujukan tertua dalam kajian ini, iaitu kitab al-Tabaqat al-Kubra karya Ibnu Sa’d. Dalam menjelaskan kejadian atau sifat seseorang, hanya dicantumkan satu atau dua hadith yang berkaitan dengan hal itu sahaja. Bila perbahasan tersebut mempunyai banyak riwayat maka dicantumkan semua riwayat.Hanya ditulis:” Fulan dan Fulan juga meriwayatkan tentang hal ini atau “Fulan dan fulan juga meriwayatkan cerita yang serupa.” Sikap ini diambil supaya tidak terjadi banyak pergulungan dalam satu perbahasan, kerana pengulangan akan menyebabkan bosan dan jemu pada pembaca. 2)Kemudian dicatat data-data tambahan yang diambil dari kitab-kitab biografi yang lainnya, iaitu dimulakan dari kitab al-Ishabah, al-Isti’ab,Usdul Ghabah, Shifah al-Shafwah dan kitab-kitab lainnya yang merupakan rujukan utama dalam kajian ini yang mengandungi keterangan- keterangan penting dan juga pembetulan-pembetulan. Adapun keterangan yang sudah disinggung dalam kitab al-Tabaqat tidak dijelaskan lagi,kerana (sebagaimana kita ketahui) kebanyakan kitab biografi menjadikan kitab al-Tabaqat sebagai rujukan utama. 3)Untuk memperkuat keaslian rujukan disertakan sumber rujukan data yang diambil dengan menyebutkan nama kitab dan muka surat. 4)Biografi para sahabat wanita ini disusun berasakan urutan abjab Arab, supaya mudah untuk mencarinya. 5)Kadang-kala ada perbezaan pendapat dalam penyebutan beberapa nama sahabat wanita, oleh kerana itu dicatat juga perbezaan-perbezaan pendapat tersebut. Metod ini diharap akan memudahkan para pengkaji biografi sahabat wanita, sehingga waktu mereka tidak akan banyak terbuang dengan mengkaji beragam kitab turath yang banyak jumlahnya.

Author : Dr.Muhammad Sa’id Mubayyadh
Pages : 1065, Hardcover

KLIK DISINI !!!

Ulama Warisan Rasulullah

buku+Ulama+Warisan+Rasulullah+inteam+publishing-500x500

Ulama Warisan Rasulullah

Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Habib Muhammad Husein Al-Aidrus, ulama yang pendiam? Habib Alwi Muhammad Al-Haddad, sangat menjaga jarak dengan pemerintah? Habib Ahmad Alwi Al-Haddad, berkelakuan ganjil? Habib Muhammad Idrus Al-Habsyi yang mengasihi fakir miskin dan anak yatim, Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki yang pemurah, Habib Anis Alwi Al-Habsyi yang bersenyuman manis menawan.

Turut disajikan gambar-gambar para ulama habaib yang menarik dan kata-kata ulama di setiap akhir biografi mereka meski tidak kesemuanya.

KLIK DISINI !!!

Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya

PersonalitiIslam-01-500x500

Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya

Dunia Islam, sejak dari awal mula Islam tersebar hingga ke saat ini, tidak pernah kekurangan tokoh ilmuwan dan sarjana dalam apa jua disiplin ilmu. Dalam setiap bidang ilmu pasti akan ada tokoh berjaya di kalangan ilmuwan dan sarjana Islam. Malah, ketokohan ilmu para ilmuwan dan sarjana Islam itu pula turut dikagumi oleh para sarjana non-Islam dan Barat. Hasil karya dan apa sahaja penemuan serta penyelidikan yang dilakukan oleh para ilmuwan dan sarjana Islam turut diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan menjadi silibus utama di Barat.
Para ilmuwan dan sarjana Islam mempunyai personaliti yang cukup berketerampilan. Perkara ini boleh dibaca dalam biografi dan autobiografi tentang mereka. Kejayaan para ilmuwan dan sarjana Islam dalam mengungguli bidang keilmuan secara bersepadu (gabungan antara ilmu-ilmu) adalah hasil pemahaman mereka tentang anjuran membaca dan belajar sebagaimana disentuh oleh Al-Quran melalui surah al-‘Alaq, ayat 1 sampai 5, dan ayat-ayat lain juga yang menjurus ke arah memanfaatkan kemampuan akal fikir. Ayat surah al-‘Alaq ini juga adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Buku, Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya ini memaparkan rangkuman kisah menarik secara ringkas tentang proses pembelajaran dan budaya keilmuan para ilmuwan dan sarjana Islam. Ia bermula daripada skop kisah tentang Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh personaliti unggul, disusuli oleh para sahabat agung, tabi’in, dan para ilmuwan dan sarjana Islam selepas mereka.
Antara kisah menarik para ilmuwan dan sarjana Islam yang turut disentuh dalam buku ini ialah tentang Ibnu Khaldun, Ibnu Hazm, Ibnu Sina, al-Biruni, al-Jahiz, al-Ghazzali, an-Nawawi, asy-Syafi’e, Ibnu Haytham dan lain-lain.
Perkara yang tidak mungkin dibayangkan oleh pembaca ialah apabila membaca kisah tentang pengembaraan ilmu atau travelog ilmu oleh para ilmuwan Islam yang menghadapi pelbagai kepayahan dan kesukaran, tetapi tidak sedikit pun halangan yang dihadapi oleh mereka itu melunturkan hasrat murni dan semangat juang mereka yang cintakan ilmu.
Buku ini sememangnya sesuai untuk bacaan yang berinspirasi bagi para pelajar. Rangkuman beberapa kisah menarik tentang para ilmuwan dan sarjana Islam mampu mencetuskan semangat baru dan mendorong para pelajar ke arah mencapai kejayaan dalam pembelajaran. Buku ini juga sebenarnya sesuai untuk bacaan pembaca yang masih mahu meningkatkan penguasaan ilmu dari semasa ke semasa tetapi kekurangan inspirasi.

26 Mutiara Habaib Nusantara

buku+26+mutiara+habib+nusantara+inteam-500x500

TAJUK: 26 Mutiara Habaib Nusantara

Keberadaan mereka merupakan berkat bagi kaum muslimin. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak perubahan dan pencerahan bagi umat hari ini. Semua ini merupakan bukti kejayaan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat oleh sejarah dengan tinta emas. Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengabdiannya akan sentiasa dikenang sepanjang masa, warisan jejak karamah serta ilmunya tetap abadi dan akan berkembang sepanjang masa, bahkan peribadi akan selalu dikenang orang sepanjang zaman. Dalam berdakwah, mereka mengutamakan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan kesantunan, kedamaian dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan. Buku ini menjadi unik, menarik dan berbeza dengan buku lain kerana di dalamnya dilengkapi bersama gambar-gambar eksklusif. Dengan membacanya akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, kerana di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum solehin. Dengan ketakwaan kepada Allah SWT, mereka mampu mencapai darjat yang begitu agung di sisi-Nya.

KLIK DISINI !!!

Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz

buku+singa+podium+bukuonline2u+inteam+publishing-500x500

Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz
Penulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah & Abdul Qadir Ahmad Mauladdawilah
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM17.00

“Buku ini mengisahkan tentang Adda’i ilALLah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syeikh Abi Bakar bin Salim serta koleksi ceramah-ceramah beliau ketika berada di Indonesia.

Beliau memiliki kelebihan yang diberikan ALlah dalam menyampaikan nasihat-nasihat sehingga dapat menyentuh hati orang yang mendengarnya. Dalam setiap ceramah yang disampaikan, beliau banyak mengingatkan kita agar selalu memegang teguh dan meneladani ajaran yang disampaikan oleh RasuluLlah SAW dan para salfussoleh”

KLIK DISINI !!!