DAKWAH DALAM ERA SIBER DI MALAYSIA

Dakwah Dalam Era Siber Di Malaysia

beli-sekarang

DAKWAH DALAM ERA SIBER DI MALAYSIA

Product Code: CH-B-U-61
Size (length*width*height): 24cm x 18cm x 1cm
Availability: In Stock
Price: RM30.00

Author: Zulkiple Abd Ghani
ISBN: 978-967-5295-40-9
Year: 2010
Language: Malay

Dakwah kini berada dalam persekitaran baru terutama akibat kemunculan pelbagai teknologi komunikasi yang dikaitkan dengan komputer dan juga satelit. Dalam persekitaran ini, dakwah perlu bergerak dalam kerangka asas atau manhaj rabbani iaitu secara berhikmah, nasihat yang baik dan bermujadalah secara yang terbaik. Fasa-fasa perkembangan dakwah memperlihatkan kedinamikannya terutama dengan menfokuskan kepada membangunkan manusia sebagai khalifah Allah. Dengan kemunculan masyarakat jaringan, netizen, dan perubahan sistem penyampaian dari analog kepada digital, dakwah perlu berhadapan dengan perubahan ruang dan masa serta beberapa nilai baru yang muncul dalam khalayak manusia.

Justeru, buku ini mengupas fenomena persekitaran dakwah siber khususnya dalam konteks Malaysia yang sedang menuju kepada sebuah negara maju berasaskan acuan sendiri. Dakwah Berbantukan Komputer (DBK), laman sesawang, digital Islam serta pembangunan budaya popular Islam antara isu-isu yang dibincangkan. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat awam.

 

Advertisements

Cahaya Hati

buku+cahaya+hati+inteam-500x500

Buku ini menghidangkan kepentingan tugasan dakwah sebenarnya bukan hanya tugas para ulama, namun dakwah adalah tugas dan kewajipan setiap muslim baik secara individu mahupun kolektif.

Siri ceramah al-Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diterbitkan dalam bentuk buku ini jelas membuktikan tokoh ikutan umat ini mampu menyampaikan risalah Allah dan Rasul-Nya dengan bijak, unik, dan menarik sehingga dakwahnya dapat diterima oleh pelbagai pihak baik di Malaysia ataupun di beberapa negara lain.

Beliau banyak menyarankan supaya menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW selalu berada di dalam hati dan jiwa setiap umatnya. Peri pentingnya supaya sentiasa mendidik anak-anak dengan ajaran Islam dan melarang menukar atau memilih kaedah ajaran Rasulullah SAW dengan ajaran yang ternyata sesat dan gagal di dunia dan akhirat.

Di dalamnya juga kami sertakan serba ringkas latar belakang al-Habib Umar bin Hafidz. Tujuannya adalah agar kita semakin kenal dengan watak yang menjadi rujukan umat dunia saat ini. Buku ini juga kami lengkapkan dengan gambar-gambar tentang al-Habib Umar bin Hafidz. Harapan kami, dengan terbitnya buku ini akan dapat memberikan sedikit pengetahuan dan informasi kepada masyarakat sehingga kita dapat memetik manfaat dari isi buku ini.

KLIK DISINI !!!

Tip & Trik Usrah + CD (200 Aktiviti & Permainan Islami)

download-500x500

Berbanding buku usrah lain yang memfokuskan kepada kandungan perbincangan usrah semata-mata. Buku ‘Tip & Trik Usrah’ datang dengan satu pendekatan baru. Memfokuskan kepada cara perlaksanaan usrah itu sendiri.

Buku ini digunakan bagi mengasah skil-skil berkaitan pengendalian usrah berkesan. Ia bukan sahaja berkaitan skil yang perlu diasah oleh Naqib/ah malahan ia membekalkan juga kaedah berinteraksi dengan kepelbagaian ragam ahli usrah.

Buku ini juga memberikan idea-idea menarik, kreatif dan menyeronokkan dalam menjadikan suasana usrah lebih segar dan memikat hati ahli usrah.

Bagaimana buku ini disusun?

Buku ini disusun mengikut bahagian seperti berikut. Setiap bahagian ini mempunyai fokus yang tertentu dalam memastikan perlaksanaan usrah berjalan dengan lancar dan efektif.

· Bahagian I : Dunia Usrah dan Naqib/ah

Mengupas sepintas lalu perkara-perkara asas berkaitan usrah. Ia wajib dibaca bagi Naqib/ah dan Pembantu Naqib/ah dalam mendapatkan gambaran usrah secara ‘big picture’.

Bahagian ini amat membantu bagi mereka yang tidak pernah terlibat dalam usrah namun berminat menubuhkan kumpulan usrah sendiri atau usrah indie.

·Bahagian II: Naqib/ah Berpengaruh

Bagaimana menjadi naqib/ah berpengaruh? Sudah tentu ia bukanlah usaha dalam semalam. Bahagian ini akan mengupas perkara-perkara penting dalam menjadikan diri saudara Naqib/ah berpengaruh.

Seseorang yang mampu mentransformasi ahli usrah di bawah bimbingan saudara menjadi seorang yang hebat.

· Bahagian III: Teknik-Teknik Mengendali Usrah

Pengendalian usrah berkesan menarik minat ahli usrah untuk kekal lama dalam sesi kendalian saudara. Bahagian ini memberikan teknik-teknik berguna bagi memastikan usrah dikendalikan sebaik mungkin. Teknik-teknik ini bukanlah bakat, ia adalah perkara yang boleh diajar. Ia perlu diaplikasikan secara kerap agar skil saudara bertambah baik dari hari ke hari.

· Bahagian IV: Tip dan Trik Kendali Usrah

Sesuai dengan namanya Tip dan Trik akan memberikan tip dan trik berguna dalam berinteraksi dengan ahli-ahli usrah yang tidak berminat atau mahu lari daripada sesi usrah.

Sebelum menyalahkan ahli usrah 100%, cuba renungi dahulu. Adakah saudara pasti mereka bukan menjadi begitu kerana saudara sendiri. Fikir-fikirkan.

·Bahagian V Aktiviti dan Permainan Usrah

Ransang ahli usrah dengan aktiviti dan permainan yang mampu menarik perhatian mereka. Ia bukan sahaja sekadar berseronok tetapi setiap satunya memberikan pengajaran bermakna kepada kumpulan usrah.

Pelbagaikan kaedah perlaksanaan usrah agar ahli usrah tidak merasa bosan. Ingat Nabi Muhammad sendiri pun mempunyai pendekatan pelbagai dalam mendidik para sahabat baginda.

PROLOG PENULIS

Tidak dapat dinafikan, berapa besar kesan usrah kepada kehidupan saya. Tanpanya, sudah tentu saya sudah jauh daripada lapangan dakwah ini. Saya masih ingat. Apabila saya tiba di matrikulasi betapa saya sangat teruja dengan aktiviti yang dinamakan usrah. Usrah ini yang membentuk fikrah, semangat untuk berjuang bahkan keterujaan berdakwah kepada masyarakat.
Saya semakin bersemangat apabila didedahkan dengan pelbagai jenis pemikiran tokoh gerakan Islam. Sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pemikiran mereka mendominasi setiap idea dan memberi satu sudut pandang baru mengenai Islam yang saya lihat sangat luas horizonnya. Setiap petikan kata menjadi azimat dalam melalui perjuangan dan jalan dakwah yang amat panjang.
Saya bukan insan yang ditarbiyah daripada sekolah. Pemahaman Islam sebelum itu hanya setakat pemahaman dalam silibus Pendidikan Islam. Kemasukan ke Universiti dan pendedahan kepada usrah menjadi satu kejutan budaya pada awalnya. Namun, ilmu Islam yang didedahkan menjadi saya semakin haus, haus akan lautan ilmu Islam. Sahabat yang pelbagi latarbelakang dalam kumpulan usrah menjadi salah satu sumber ilmu saya yang masih dangkal ketika itu.
Kumpulan usrah menjadi satu kenangan terindah. Andai kata terdapat mesin masa yang mampu membawa ke masa itu. Saya mahu biarkan masa terindah itu kekal selama-lamanya. Tetapi, ia hanya satu angan-angan yang tidak akan terpenuh.
Bagi pembaca yang baru memulakan usrah yang pertama. Semoga saudara bersedia menempuh pengalaman berharga. Pengalaman yang akan menjadi bekal saudara sepanjang hayat. Agar sentiasa tetap kukuh dalam jalan dakwah yang saudara pilih.
Selamat berusrah!