Wabak Pluralisme ( Bahaya Pluralisme Agama Dan Pendirian Islam)

bukupluralisme-480x480-500x500

Wabak Pluralisme ( Bahaya Pluralisme Agama Dan Pendirian Islam)

Penulis: ARIFFIN SUHAIMI
Puak berfahaman liberal amat membimbangkan umat Islam masa kini kerana apabila berdepan dengan tekanan pluralisme agama, mereka ini ibarat musuh dalam selimut yang menjadi tali barut kepada pihak terbabit. Mereka menjadi batu api dan penghasut dalam barisan ummah. Lantaran itu umat Islam perlu berwaspada dan mengawasi setiap penjuru dalam usaha mempertahankan kesucian tauhid supaya tidak timbul orang seperti Mustafa Kamal Attaturk yang menjadi pemimpin umat Islam di Malaysia akan datang.
Pandangan puak liberal ini juga amat merbahaya kepada ummah kerana ia menggugat integriti dan maruah bangsa Melayu yang identitinya sebati dengan Islam. Ia menghancurkan perpaduan ummah dan mencabar martabat Islam sebagai agama yang diredhai oleh Allah.
Jika umat Islam menerima pluralisme agama, maka ia bermakna pengiktirafan secara langsung atau tidak langsung ke atas semua doktrin keagamaan yang bersifat syirik. Ertinya menyamakan syirik dengan tauhid dan selanjutnya menyamakan Allah dengan Brahman, Lord Krishna, Lord Buddha dan Lord Jesus, seperti ajaran Guru Nanak dalam agama Sikh, dan ia membolehkan Allah ditafsir mengikut akidah triniti seperti yang terdapat dalam Bible. Maka akan kelirulah umat Islam sehingga murtad dan hilanglah keistimewaan agama Islam sebagai agama Persekutuan kerana semua sudah disamaratakan, dan hilanglah keistimewaan Melayu dalam perlembagaan sebagai benteng untuk mempertahankan kesucian tauhid. Demikianlah bahayanya konsep pluralisme agama kepada agama Islam, bangsa dan negara. Oleh itu umat Islam tidak ada pilihan melainkan menolak pluralisme agama secara total tanpa kompromi sedikit pun.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s