Frekuensi Kaya – Zahidan Abdul Aziz

MENGAPA ANDA PERLU KAYA?

Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.

Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, “Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh”. Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.

Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s